Edrin (tengah) bersama kedua ibu bapanya.

JAKARTA – Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia memaklumkan operasi mencari dan menyelamat anggota tentera darat Lans Koperal Edrin Baitim, yang dikhuatiri lemas di perairan Pulau Undan di Selat Melaka minggu lepas ditamatkan pada Selasa.

BASARNAS memutuskan perkara itu selepas tiada sebarang petunjuk mengenai keberadaan mangsa yang mungkin dihanyutkan sehingga ke perairan negara itu.

“Kami tidak dapat mengesannya selepas pencarian hampir tujuh hari,” lapor portal berita tempatan, Riau Online, memetik ketuanya I Nyoman Sidakarya sebagai berkata.

Bagaimanapun, BASARNAS  masih memantau rapi kawasan berkenaan dan operasi mencari akan disambung semula jika terdapat petunjuk baharu, katanya.

Lans Koperal Edrin Baintim, 25, dikhuatiri lemas pada 7 Feb lalu ketika menjalani latihan menyelam di 0.7 batu nautika barat daya Pulau Undan pada 5.15 petang.

Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim Putrajaya turut mendapatkan bantuan Basarnas kerana terdapat kemungkinan mangsa dihanyutkan ke perairan Indonesia. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast