KUALA LUMPUR – Nooryana Najwa Najib selesai menyerahkan borang pencalonan bagi Exco Puteri UMNO pagi tadi
Menerusi Instagram miliknya, Nooryana berkata, dia menyerahkan borang tersebut dengan ditemani anak lelakinya, Adam.
”Semangat Adam temankan Mummy sebab Adam selalu sangat tanya kenapa Mummy dia sibuk sekarang. Ini first time Adam ikut ke PWTC dan minta untuk tengok potret Grandpa (datuk) dan Tok Nyang.
Nooryana yang mesra disapa dengan panggilan Yana, pasti ramai yang mahu mengecapi masa depan yang cerah dan merealisasikan aspirasi dan visi pimpinan pasukan yang stabil.
Lantaran itu, beliau mengalu-alukan penglibatan semua agar bersama-sama memartabatkan lagi hasrat dan bakat anak muda. – MalaysiaGazette