KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu membenarkan pengeluaran Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) secara bersasar dengan syarat-syarat tertentu.
Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pengeluaran secara bersasar hanya melibatkan jumlah yang kecil berbanding aset keseluruhan di bawah pengurusan KWSP yang mencecah hampir RM1 trilion.
“Sebelum ini, Kerajaan telah membenarkan empat pengeluaran KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas KWSP berjumlah RM145 bilion, melibatkan 8.1 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara.
“Saya berharap KWSP tidak terlalu mementingkan pelaburan untuk mendapatkan pulangan yang besar semata-mata, sedangkan pencarum pada hari ini hidup merana,” katanya ketika membahaskan Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, masih ramai rakyat yang terdesak untuk meneruskan kehidupan pada waktu ini.
Meskipun KWSP merupakan simpanan hari tua namun Ismail Sabri berkata, kerajaan wajar memahami kesulitan yang dialami rakyat khususnya yang bergelut dengan hutang.
“Baru-baru ini, Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin Malaysia (PWRN) telah bertemu saya. Ada di antaranya telah muflis kerana tidak mampu untuk membayar hutang,” tambah Ismail.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang mencari alternatif untuk membantu rakyat tanpa perlu membenarkan pengeluaran KWSP. – MalaysiaGazette
Hahahahaha.. pak mail.. ingat dh masuk gua..
Terima kasih Dota Sri Ismail Sabri
kita harap PMX mendegar permintaan rakyat yang terkesan di kala ini.
Terima kasih, Duit kwsp simpanan pekerja swasta, yg menikmati perlaburan kerajaan adalah kaki tangan kerajaan, nak keluar duit sendiri bagai kan pengemis, baik tidak usah ada lagi simpanan kwsp kalau sudah susah sebergitu,apa yg di pandang semua kaki tangan kerajaan, kesusahan rakyat yg bekerja swadta hanya di pandang sebelah mata sahaja..
Kalau pm tidak melulus kan pengeluaran kwsp wang rakyat yg bekerja swasta, memang pm kita bukan lah pm yg mengikut sifat seorg muslim.. Malah pm kita masih memandang sifat dunia dan rakus ke hidupan dunia..
terbaik dato seri ismail…..kami rakyat memang..memerlukan…..betul kata dato….apa guna menuju ke hari tua kalau dlm keaadan muflis…..kwsp duit Kai…itu Hak milik kami…..kerajaan yg sepatutnya tdk dibenarkan menggunakan wang kami dgb sesuka hatinya…….knapa menderma keluar negara berkali²…bole pula……itu dana kswp keeee…sbb tu tak nak bagi…