KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan tiba ke pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor tiba jam 8.45 turut diiringi individu dipercayai peguam bagi menghadapi pertuduhan berkaitan Projek Inisiatif Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen Jenayah pagi ini.
Bekas Pengerus PTPTN itu yang berpakaian sut lengkap hitam sempat melemparkan senyuman kepada media dan juga sebilangan penyokongnya yang berkumpul di pekarangan mahkamah.
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Setiausaha Agung parti itu Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut hadir di mahkamah bagi memberikan sokongan morsl kepada Wan Saiful.
Turut kelihatan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin
Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette
Muhyidin kata tak kenal..haaa …muka penyamun