Tun Tengku Maimun Tuan Mat. Foto MUHD NA’IM, 09 JANUARI 2023.

PUTRAJAYA – Walaupun seseorang hakim tidak mempunyai ‘kekebalan’ untuk disiasat namun siastan yaang dilakukan perlu mengikut peruntukan undang-undang dan protokol yang ditetapkan.

Itu antara intipati keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap penyiasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Tinggi (ketika itu), Datuk Mohd Nazlan Ghazali.

Mohd Nazlan kini menjawat jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan.

Tujuh panel hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini sebulat suara memutuskan walaupun SPRM mempunyai mempunyai hak mengikut perlembagaan namun pada masa sama siasatan perlu mengikut protokol tertentu untuk memelihara kebebasan badan kehakiman.

Tengku Maimun berkata, suruhanjaya itu telah membuat siasatan tanpa berunding dengannya, selaku Ketua Hakim Negara, sebelum memulakan siasatan.

“Agensi juga tidak sepatutnya menghebahkan fakta siasatan tanpa kebenaran Ketua Hakim Negara, pendakwa raya juga perlu berunding dengan Ketua Hakim ketika siasatan termasuk dalam keputusannya untuk melakukan pendakwaan.

“Dalam kes Mohd Nazlan, Ketua Hakim tidak dimaklumkan, ini sekali gus menunjukkan adanya niat tidak baik dalam kes ini.

“Mahkamah memerintahkan kes saman pemula dipulangkan kembali ke Mahkamah Tinggi untuk diputuskan berdasarkan persoalan perlembagaan yang dijawab di sini,” katanya dalam penghakiman, hari ini.

Judge Mohd Nazlan Mohd Ghazali 1MDB SRC International conflict of interest Najib Razak
Mohd Nazlan Mohd Ghazali

Sebelum ini, dua peguam dan seorang aktivis iaitu Haris Ibrahim, Nur Ain Mustapa dan Sreekant Pillai telah merujuk dua persoalan perlembagaan berkaitan siasatan SPRM terhadap Mohd Nazlan.

Mohd Nazlan merupakan hakim yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib Razak selepas mendapati bekas Perdana Menteri itu bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan terhadap dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Dua persoalan perlembagaan yang dibangkitkan dalam saman pemula berkenaan adalah, sama ada badan siasatan jenayah termasuk SPRM hanya dibenarkan secara sah untuk menyiasat hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan hakim Mahkamah Persekutuan yang sudah digantung mengikut Perkara 125 (5) Perlembagaan Persekutuan.

Persoalan kedua, sama ada pendakwa raya diberi kuasa untuk memulakan atau menjalankan sebarang prosiding bagi kesalahan terhadap hakim yang sedang berkhidmat mengikut Artikel 145 (3) perlembagaan.

Haris Ibrahim, Nur Ain Mustapa dan Sreekant Pillai menuntut perisytiharan bahawa siasatan yang dijalankan SPRM ke atas Mohd Nazlan adalah tidak berperlembagaan.

Selain kerajaan, ketiga-tiga plaintif turut menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dan SPRM sebagai defendan.

SPRM sebelum ini dilapor membuka kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan, susulan laporan polis menafikan tuduhan dibuat penulis blog, Raja Petra Kamarudin mengenai dakwaan ada sejumlah wang yang tidak dapat ditentukan punca terdapat dalam akaun hakim tersebut.

Pada 29 September tahun lalu, SPRM mengesahkan sudah menyelesaikan kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan dan hanya menunggu arahan yang akan diberikan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette

Laporan siasatan SPRM berkaitan Nazlan diserah kepada Ketua Hakim Negara – Azalina