Ramli Mohamed Yoosuf

KUANTAN – Gara-gara tidak berfikir panjang, seorang guru berusia wanita diperdaya oleh sindiket macau scam hingga mengalami kerugian sebanyak RM58,200.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, wanita itu telah dihubungi oleh pihak sinidket mendakwa kononnya dia terlibat dalam pengedaran barang-barang terlarang dan kes penggubahan wang haram.

“Mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pihak syarikat penghantaran barang J&T dan kemudiannya panggilan disambungkan kepada pegawai polis pada 23 Februari lalu

“Tanpa berfikir panjang, mangsa telah menyerahkan kata laluan perbankan internet empat bank miliknya bertujuan memudahkan siasatan pihak polis dan Bank Negara.

“Mangsa juga telah menyerahkan no TAC yang diterimanya kepada suspek dan setelah itu mangsa diminta untuk tidak membuka perbankan internet miliknya dalam tempoh masa 24 jam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ramli berkata, mangsa mula sedar kehilangangan wang simpanannya setelah menyemak baki akaun bank miliknya apabila terdapat transaksi pengeluaran wang ke akaun pihak ketiga.

Polis Pahang sekali lahi menasihati orang ramai supaya jangan mendedahkan butir-butir perbankan kepada pihak ketiga dan tidak menyewa atau memberikan akaun bank peribadi kepada ahli sindiket.

“Ini kerana jika dapati bersubahat dengan ahli sindiket, pemilik akaun boleh dituduh di Mahkamah Jenayah dan juga mungkin akan dihadapkan dengan tuntutan sivil.

“Orang ramai turut diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima dipautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” kata Ramli. – MalaysiaGazette