KUALA LUMPUR – Harimau Malaya kini memiliki lebih banyak pilihan di bahagian jentera tengah selepas dua lagi pemain import kini bergelar pemain naturalisasi.
Dua pemain terbabit yang berasal dari Brazil iaitu Kapten KL City FC, Paulo Josue dan pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Endrick dos Santos.
Jurulatih skuad ‘Warga Kota’, Bojan Hodak turut mengesahkan perkembangan mengenai Josue yang berusia 33 tahun itu kepada media.
Sementara itu, Dos Santos, 27, yang pernah beraksi bersama FELCRA FC, Selangor dan Penang FC disahkan sebagai pemain naturalisasi selepas namanya tidak diletakkan sebarang ‘tanda’ dalam senarai pemain bagi Piala Sultan Haji Ahmad Shah, malam tadi.
Tidak seperti pemain import yang diletakkan tanda seperti ‘I’ bagi antarabangsa, ‘A’ bagi Asia dan ‘S’ bagi ASEAN, nama pemain berusia 28 itu ‘bersih’ sekali gus sama seperti pemain tempatan lain yang berada dalam senarai pemain.
Dalam senarai pemain itu, antara pemain yang memiliki tanda ‘I’ adalah Bergson da Silva, Juan Muniz, Ivan Mamut dan Sony Norde manakala tanda ‘A’ adalah Sardor Kulmatov sementara tanda ‘S’ pula menampilkan pemain seperti Jordi Amat, Oscar Arribas dan Adisak Kraisorn.
Sebagai rekod, skuad negara setakat ini sudah ‘menghimpun’ lima pemain naturalisasi iaitu Mohamadou Sumareh, Guilherme de Paula, Liridon Krasniqi, Lee Tuck dan Sergio Aguero. – MalaysiaGazette