KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu merujuk kepada mana-mana pihak sekiranya mahu memulakan siasatan terhadap hakim jika badan itu mendapat aduan awam.
Malah kata seorang pengamal undang-undang, Datuk Hishamuddin Hashim, SPRM mempunyai kuasa di bawah Akta SPRM 2009 tidak memperuntukkan sebarang protokol yang memerlukan badan penguat kuasa itu berunding dengan mana-mana pihak sebelum memulakan siasatan.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa (MHO) itu berkata, badan penguat kuasa anti rasuah mempunyai segala kebebasan untuk menyiasat mana-mana pihak termasuklah hakim dan lain-lain.
“Sebenarnya keputusan Mahkamah Persekutuan yang menetapkan protokol menimbulkan pelbagai persoalan. Untuk makluman, SPRM mempunyai kuasa bawah Akta SPRM 2009 termasuk siasatan terhadap pegawai badan awam yang ditafsirkan dalam Seksyen 3 akta itu.
“Pegawai badan awam ertinya mana-mana orang yang menjadi anggota, pegawai, pekerja atau pekhidmat sesuatu badan awam dan fahamkan ya, ini termasuklah anggota pentadbiran, ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri.
“Selain itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan dan mana-mana orang yang menerima apa-apa saraan daripada wang awam dan juga jika badan awam itu ialah suatu perbadanan seorang termasuklah orang yang diperbadankan sebagai perbadanan itu.
“Jadi apa masalahnya dengan disiasat? Memang pun kerja SPRM untuk siasat sekiranya hasil siasatan tiada jenayah rasuah maka kes akan diklasifikasi sebagai no further action (NFA),” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Sambung Hishamuddin, andainya ada rasuah kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan untuk melaksanakan pendakwaan atau sebaliknya.
“Tidak sepatutnya ada mana-mana pihak yang cuba sesekali menghalang SPRM menjalankan tanggungjawab mereka mengikut peruntukan undang-undang. Lagi-lagi kita ada doktrin pengasingan kuasa.
“Saya sendiri sebagai peguam teringat pada satu kes sekitar Julai 2022 yang mana SPRM menahan dan menyiasat seorang Hakim Mahkamah Sesyen di Kuala Kubu Baru, mengapa ya tidak ada apa-apa pertikaian ketika itu?” soalnya.
Hishamuddin mengulas kenyataan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mendakwa tidak dimaklumkan tentang siasatan SPRM terhadap Hakim Mohd Nazlan.
Tengku Maimun yang mempengerusikan panel tujuh Hakim Mahkamah Persekutuan dalam penghakimannya berkata, siasatan itu mesti dilakukan mengikut protokol tertentu bagi memelihara kebebasan Badan Kehakiman.
Katanya, antara protokol yang perlu dipatuhi ialah, badan siasatan mesti terlebih dahulu berunding dengan ketua hakim negara sebelum memulakan siasatan terhadap hakim berkenaan; badan siasatan tidak boleh menghebahkan fakta siasatan tanpa kebenaran ketua hakim negara; dan pendakwa raya mesti berunding dengan ketua hakim negara ketika siasatan termasuk dalam keputusannya untuk melakukan pendakwaan.
Beliau berkata demikian dalam penghakiman melalui permohonan dua peguam dan seorang aktivis untuk merujuk dua persoalan perlembagaan berkaitan siasatan SPRM terhadap Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang kini Hakim Mahkamah Rayuan. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
PM kena campur tangan isu SPRM kena ada ‘protokol’ siasat hakim – Zaid
Kens tukar peguam negara baru sistem kehakiman dapat di prtbetulkan. Dia cuba sembunyiksn sesuatu.
Betul lah bila hadith kata 1 hakim masuk syurga 2 hakim akan masuk neraka..contoh paling terang Nazlan dan maymoon.