Anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia ( keselamatan sebaik lori yang membawa bekalan vaksin Covid-19 tiba di Kilang Pharmaniaga, di Puchong, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 27 FEBRUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Pharmaniaga Bhd telah mencetuskan kriteria Perenggan 2.1(a) Nota Amalan No. 17 (PN17) bagi Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (MMLR).

Dalam satu kenyataan, Bursa Securities berkata, pihaknya akan terus memantau kemajuan Pharmaniaga berhubung pematuhannya terhadap MMLR.

PN17 adalah singkatan kepada Nota Amalan 17/2005 yang merujuk kepada syarikat yang sedang mengalami masalah kewangan dan syarikat tersebut tidak memenuhi syarat minimum dari segi sudut modal atau ekuiti yang telah ditetapkan oleh Bursa Malaysia.

Dalam pada itu, katanya, sehingga 28 Februari 2023, terdapat sejumlah 29 syarikat di bawah PN17 dan GN3 yang mewakili 3.05% daripada jumlah keseluruhan 950 syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama dan ACE Bursa Securities. – MalaysiaGazette