Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Segamat membuat pantauan di kawasan terjejas banjir bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
SEGAMAT – Hujan lebat sejak semalam menyebabkan banyak kawasan di daerah Segamat dinaiki air  dan jumlah mangsa yang teperangkap meningkat.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Segamat berkata, kerja-kerja menyelamat sedang dilakukan.
“Untuk maklumat kawasan seperti di Kampung Tenang, Pekan Air Panas dan Kampung Juaseh telah terputus hubungan kerana jalan dinaiki air dengan kedalaman satu meter di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin.
“Jalan-jalan itu hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja. Manakala situasi banjir di pekan Labis dan sekitarnya serta beberapa perumahan telah dinaiki air.
“Operasi banjir di kawasan Chaah yang terjejas banjir telah diambil alih oleh balai bantuan, BBP Yong Peng dan PBS Chaah, oleh kerana BBP Labis terputus hubungan Jalan Labis-Chaah.
Setakat jam 8 pagi tadi empat daerah Johor terjejas banjir melibatkan Johor Bahru, Kluang, Segamat dan Kota Tinggi dengan 560 keluarga melibatkan 1,591 oraang tersan daripada bencana itu. – MalaysiaGazette