DHAKA – Pihak berkuasa Bangladesh sedang menyiasat punca kebakaran besar di kem pelarian Rohingya yang telah menyebabkan 12,000 orang kini tiada tempat berlindung.
Setakat ini tiada angka korban dilaporkan.
Bagaimanapun, kebakaran yang berlaku pada hari Ahad memusnahkan 2,000 tempat perlindungan pelarian yang diperbuat daripada buluh.
Kebakaran itu didakwa merebak dengan pantas kerana terdapat silinder gas yang digunakan di dapur untuk memasak.
Namun, polis sedang menyiasat untuk menentukan sama ada wujud unsur-unsur sabotaj dalam kebakaran itu.
Seorang lelaki dikatakan telah ditahan pihak berkuasa.
Kem di tenggara Bangladesh itu adalah kem pelarian terbesar di dunia.
Kebanyakan penduduknya adalah pelarian Rohingya yang telah melarikan diri dari penganiayaan tentera Myanmar.
Kebakaran itu bermula pada kira-kira 2.45 petang waktu tempatan Ahad.
Kebakaran itu dapat dikawal dalam masa tiga jam tetapi masjid dan pusat pembelajaran untuk pelarian juga dimusnahkan. – Agensi
Mai sini kat Selayang, Klang, Bukit Malut, dan di mana-mana dapat peluang rumah kedai batu berniaga dan bekerja menambah elaun kad kebal unhcr. Rohingya tanpa warganegara sebijik macam kes Wong tanpa warganegara juga dapat ic undi pru.