Banjir besar di Pogoh, Segamat, Johor menjadi detik hitam dalam hidup pesara kerajaan Abdul Halim Yusof, 60 tahun.
Dalam sekelip mata, segala hasil penat lelah selama ini diuji apabila 69 ekor lembu peliharaannya hilang dan mati lemas Rabu lalu.
Kerugian yang ditanggung bukan sedikit. Selepas dihitung conggak, ia melebihi RM300,000.