KUALA LUMPUR – Pemuda Amanah Nasional dan Angkatan Keadilan hari ini membuat laporan polis ke atas Presiden Pas berkenaan pengakuan Tan Sri Abdul Hadi Awang terdapat usaha untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan sekarang.
Exco Pemuda Amanah Nasional, Fadhli Umar Aminol Huda telah membuat laporan itu bersama barisan pemuda Angkatan Keadilan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pukul 3 petang tadi.
Bercakap kemudiannya kepada pemberita di luar IPD Dang Wangi Fahdli Umar menyifatkan pengakuan Ahli Parlimen Marang itu adalah salah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Katanya, perbuatan biadab presiden sebuah parti Islam yang berpengaruh itu juga dilihat bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shahdi Parlimen baru-baru ini.
“Ternyata selaku Ahli Parlimen Marang, Presiden Pas itu masih berdegil dengan tindakan dan gembira tanpa segan silu mengaku usahanya sedang berjalan dan telah mengakui bahawa mereka hendak menjatuhkan kerajaan yang ada pada hari ini.
“Jadi laporan polis pada hari ini dibuat ke atas Hadi sebagai mendesak polis menjalankan siasatan dengan kadar segera bagi melihat apa tindakan yang telah dilakukan oleh pihak sama ada Hadi sendiri mahu pun sesiapa yang terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang telah ditubuhkan secara sah Seri Paduka dengan kerjasama Majlis Raja-Raja Melayu,” katanya dalam sidang media tersebut.
Tambah beliau, ia jelas menunjukkan sikap angkuh Abdul Hadi dan boleh dikatakan sebagai bertentangan dengan undang-undang selain boleh mengakibatkan keadaan huru-hara di negara ini selain menakutkan pelabur.
Menurut Fadhli Umar lagi, pihaknya merasakan sekiranya tindakan melampau itu diteruskan oleh Abdul Hadi Awang, maka pelabur akan takut melabur di Malaysia walaupun baru-baru ini kerajaan berjaya mendapat pelaburan bernilai RM25 bilion daripada syarikat antarabangsa, Amazon AWS dan automobil terkemuka dunia, Tesla.
“Tindakan Hadi dan juga pasukannya ternyata boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan juga keadaan aman yang yang sedang terpelihara di negara kita ini.
“Pagi tadi memorandum khas telah diserahkan kepada pertimbangan Agong di Istana Negara dengan satu mesej jelas bahawa usaha yang cuba menjatuhkan Kerajaan Perpaduan ini adalah melanggar titah YDPA dan harus disiasat segera oleh polis,” katanya.
Dalam pada itu, Angkatan Muda Keadilan Selangor turut menyatakan kebimbangan terhadap kenyataan Abdul Hadi yang disifatkan sebagai melanggar dan mencabar titah YDPA.
“Kebimbangan besar kami adalah Presiden Pas itu mengeluarkan kenyataan yang menyentuh baginda dengan ayat berbunyi ” Tuanku pun tak boleh berikan kata putus”.
“Bagi saya, itu satu tindakan sudah melampau. Kenyataan Abdul Hadi sangat bahaya dan ada juga usaha cuba kucar kacirkan keadaan dalam keadaan ekonomi hendak membangun kembali selepas kacau bilau politik dan pasca Covid-19.
“Tindakan Abdul Hadi sangat tidak sopan dan memohon pihak berkuasa bertindak segera agar menghentikan segal usaha buruk yang cuba menjatuhkan kerajaan semasa,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penerimaan laporan itu.
“Saya boleh sahkan satu laporan polis telah diterima (atas Abdul Hadi) dan dijadikan laporan polis Sentul.
“Laporan itu sudah dirujuk kepada IPD Sentul untuk tindakan lanjut,” katanya.- MalaysiaGazette
Pemuda Amanah ni tahukah makna Amanah?
Jika tiada kebijaksanaan ok lagi tapi “bergaya pandai” itu Kes berat.
Amalan democracy MALAYSIA USAHA Tuan Guru Haji Hadi itu dibenarkan oleh Perlembagaan.
Mana-mana party atau disokong majority Ahli Parliament mencadangkan seorang menjadi PM maka itu dibenarkan.
Kenapa kerajaan lebih 2/3 amat takut ini berlaku hingga yang tidak tahu Undang-undang Perlembagaan paling meroyan meracau hingga rakyat nampak “KEMURUNGAN KUASA” PH jelas diserlahkan?