Tan Sri Musa Hassan

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mahu menyelesaikan isu berkaitan rumah tangganya mengikut saluran undang-undang.

Beliau tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak dan lebih selesa supaya proses keadilan dilakukan di mahkamah syariah.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meneruskan aduan terhadap perlakuan isterinya kepada Mahkamah Syariah.

Katanya, isu berhubung masalah rumah tangganya telah berlarutan sejak tiga tahun lalu dan mereka sudah tidak tinggal serumah sejak enam bulan lalu.

Beliau juga menafikan telah curang dan memukul isterinya seperti yang ditularkan sebelum ini.

Menurut Musa, beliau telah membuat laporan polis pada 1 Mac lalu dan akan memberi kerjasama dalam membantu siasatan berhubung kes tersebut.

“Tidak perlu saya beri penerangan kepada pihak media sebab semua orang sudah tahu laporan pun sudah diviralkan biar pihak polis jalankan siasatan,” katanya semasa sidang media hari ini.

Baru-baru ini, tiga klip video berdurasi kurang satu minit ditularkan di media sosial memaparkan pertelingkahan sepasang suami isteri yang turut disaksikan seorang kanak-kanak.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast