Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf

KUANTAN – Seorang pembantu guru pra-sekolah berusia 29 tahun mengalami kerugian RM30,483 akibat terperdaya dengan sindiket tawaran kerja dalam talian palsu di Bentong pada semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed yoosuf berkata, guru tersebut membuat empat pindahan wang ke  akaun bank yang berlainan.

“Guru wanita itu  telah menerima Whatsapp, kononya saspek melihat permohonan di laman Job Street dan ingin menawarkan kerja membuat ‘review’ pada laman Google Review.

“Beliau ditugaskan membuat kerja bagi menilai untuk review tempat, restoran dan lain-lain lagi dengan mendapat keuntungan komisyen bagi setiap ‘review’.

“Mangsa mula percaya telah menggunakan wang simpanan sendiri dan membuat transaksi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN :

Empat mangsa sindiket penipuan atas talian rugi lebih RM300,000

Tak fikir panjang, guru wanita rugi RM58,200

Sehubungan itu, Polis Kontinjen Pahang menasihatkan masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan.

Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi. – MalaysiaGazette