PRESIDEN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat seperti cuba menegakkan benang basah apabila menyifatkan enam pertuduhan berkaitan rasuah terhadapnya di mahkamah sebagai ‘pendakwaan politik terpilih’.
Dalam ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2022 di Kuala Lumpur hari ini, beliau turut membangkitkan kononnya berlaku ‘pemangsaan politik’ terhadap partinya.
Mungkin Muhyiddin sudah lupa apa yang beliau katakan terhadap bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak semasa berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dahulu.
Ketika itu, Muhyiddin seolah-olah tidak mempedulikan perasaan Najib dan keluarganya apabila secara berterusan melabel bekas Perdana Menteri berkenaan sebagai ‘pencuri’ dan ‘perompak’ sedangkan rayuan terhadap kes SRC International Sdn. Bhd. masih berjalan.
Najib pernah mendakwa beliau menjadi mangsa pendakwaan politik kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Selaku Menteri Dalam Negeri pada masa itu, Muhyiddin pasti sedia maklum tentang serbuan pihak berkuasa di kediaman Najib pada malam pertama Ramadan 2018.
Tidak cukup dengan itu, kediaman anak-anak Najib turut digeledah malah rumah Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah tidak terlepas daripada diperiksa pihak berkuasa.
Akaun UMNO dibekukan ekoran kes SRC International dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga menyebabkan parti itu berdepan kesukaran untuk menguruskan kewangannya termasuk pembayaran gaji kakitangan di ibu pejabat.
Semua penderitaan dan aib tersebut terpaksa ditanggung Najib dan UMNO ekoran dendam politik pihak tertentu yang mahu memastikan bekas Ahli Parlimen Pekan itu dipenjarakan manakala partinya dikuburkan.
Ironinya, Muhyiddin mendakwa situasi serupa yang sedang dihadapi oleh beliau dan Bersatu dengan melibatkan enam pertuduhan berkaitan rasuah sebagai ‘pendakwaan politik terpilih’ dan ‘pemangsaan politik’.
Memang menghairankan kerana situasi yang dialami Muhyiddin seolah-olah tidak terpakai pula ke atas Najib serta pemimpin-pemimpin UMNO lain yang selama ini dilabel sebagai ‘kluster mahkamah’.
Agaknya kini baru Muhyiddin tahu apa yang dirasakan oleh Najib yang pernah menjadi mangsa sindirannya dahulu. – MalaysiaGazette
Setakat baca doa dlm tv tak cukup menyakinkan waraknye seseorang.. lauk depan mata ngap jugak
abah kata ubah duit cukai jadi duit sumbangan tak salah . sebab ulamak islam pas pun sokong . bukan masuk akaun sendiri pun . sebab itu abah yakin memang tak berdosa .
Padan lah dengan muka dia. Tapi tu tak cukup. Patut isteri dan anak dia pun kena heret sekali je mahkamah kacam dsrm dan anak anak najib. Orang kurang ajar patut segera sumbat di kajang. Supaya tak lari.
tapi paling menjengkelkan apabila kerajaan sedia ada bekerjasama dengan penyamu wak tarbus.
Harap mampus dlm penjara..masa rakyat berdepan maut, dia bersama lebai2 PAS rakus menyamun…musibat punya manusia