Dua rentung maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda dan lori kontena di kilometer 108.7 Lebuh Raya Pantai Timur dekat Temerloh, Pahang.

TEMERLOH – Dua maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda dan lori kontena di kilometer 108.7 Lebuh Raya Pantai Timur,dekat kampung Cempaka, di sini, hari ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalam kejadian jam 5.22 pagi pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda yang tersepit itu meninggal dunia akibat rentung apabila kenderaan itu terbakar lokasi nahas.

Kedua-dua mangsa yang meninggal dunia ialah Fareez Hakimi Zulkifli  erasal dari Triang dan Muhammad Amirul Ahmad Sabri dari Taman Kerayong, masing-masing berusia 24 tahun.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kejadian berlaku apabila pemandu pikap dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan melanggar belakang lori kontena. Akibat perlanggaran tersebut mangsa dan penumpang berhenti di lorong kecemasan.

“Pemandu lori mendapati bahagian hadapan kenderaan mangsa telah tersangkut di bahagian belakang lori dan dua orang mangsa telah tersepit di dalam kenderaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Anggota bomba dan penyelamat dari Mentakab yang dikerahkan ke lokasi kemalangan telah mengeluarkan mangsa terbabit.

“Tiada pengenalan mangsa ditemui di tempat kejadian. Waris telah mengesahkan identiti mangsa meninggal dunia,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast