Mohd Hussein Mohd Nasir, 54, lebih dikenali sebagai ‘Datuk Roy’.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bergelar Datuk bagi membantu siasatan kes rasuah.

Lelaki tersebut, Mohd Hussein Mohd Nasir, 54, lebih dikenali sebagai ‘Datuk Roy’.

“Alamat terakhir lelaki dikesan di No. 3, Lorong 3 RRM Semambu, Kuantan, Pahang. Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta SPRM.

“Orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat Mohammad Asyraf Mustafa di talian 013-4405210,” katanya SPRM dalam satu kenyataan, hari ini. – MalaysiaGazette