PETALING JAYA – Nama syarikat pembida projek mega termasuk pembinaan rumah rakyat tidak boleh dinamakan.
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim langkah berkenaan demi memastikan syarikat yang berkredibiliti dan mampu akan menjadi pilihan.
Katanya, amalan berkenaan merupakan satu permulaan yang bagus dan patut menjadi garis panduan untuk penganugerahan tender.
“Ini adalah untuk memastikan tender dianugerahkan kepada pembida berkeupayaan,” katanya dalam ucapan ketika Mjalis ulangtahun ke 50 Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) di sini malam ini.
Turut hadir, Presiden REHDA, Datuk NK Tong.
Dalam masa yang sama, Anwar berkata, tempoh pemilihan tender bagi pembinaan rumah rakyat perlu dipercepatkan.
Namun dalam masa yang sama, syarikat yang dipilih perlu melalui proses yang telus.
“Kelemahan dalam sistem hari ini adalah meluluskan permohonan pembinaan rumah rakyat. Ada yang perlu ditambah baik.
“Kenapa perlukan masa meluluskan? Adakah perlukan pemudah cara.Anda tahu apa maksud saya,” ujarnya.
Terdahulu, Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, fokus utamanya ketika memegang jawatan Menteri Kewangan pada tahun 90-an adalah memastikan pembinaan rumah rakyat dilaksanakan dengan cepat dengan kos yang murah.
Katanya, pendiriannya masih sama demi memastikan rakyat sentiasa terbela.-MalaysiaGazette