Anifah Aman

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman dikatakan akan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara atau senator minggu depan.

Sumber terdekat bekas menteri itu berkata kepada MalaysiaGazette, Anifah akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pukul 11 pagi Isnin ini. 

Anifah juga baru-baru ini telah dilantik sebagai dilantik oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing.

“Isnin ini pukul 11 pagi. Pastinya ini berita khasnya buat rakyat di Sabah. Kita juga tahu ini merupakan pelantikan atas saranan Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim.

”Untuk makluman, pada PRU lepas, parti PCS mahu pun Anifah tidak bertanding sebaliknya beliau all out untuk calon-calon PH di Sabah,” katanya ringkas.

Untuk makluman, Anifah yang merupakan ahli UMNO keluar parti itu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) pada 2018. – MalaysiaGazette