Asyraf Mara MRSM berbayar TVET
Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan agensi itu mesti mencapai matlamat sifar ketirisan dan pembaziran.

Menurut beliau, segala aspek pengoperasian institusi sama ada dari segi perolehan, perbelanjaan, pelaksanaan agenda pembangunan keusahawanan dan pendidikan, mesti bebas daripada sebarang bentuk penyelewengan, korupsi, ketirisan dan pembaziran.

“Yang penting amanah harus digalas dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin barulah rezeki yang diperolehi mendapat barokah yang memberikan ketenangan dan kebahagian hidup diri kita dan seluruah anggota keluarga,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Asyraf Wajdi mengulas tentang pertemuannya dengan Bahagian Perancangan Strategik dan Bahagian Undang-Undang MARA hari ini.

Beliau turut menekankan MARA cukup besar maknanya kerana namanya sahaja memberikan konotasi amanah besar rakyat yang digalas untuk membangunkan pendidikan dan meningkatkan taraf ekonomi usahawan bumiputera. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast