KUALA LUMPUR – Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah tidak bersetuju dengan peraturan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melarang program melibatkan umat Islam di rumah ibadah agama lain.
Ahli Parlimen Muar itu berkata, program dan usaha untuk menyemarakkan lagi keharmonian dan kesefahaman antara rakyat seharusnya disambut dengan baik oleh semua pihak di semua peringkat.
Ini kerana Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk, berbilang bangsa dan agama.
Katanya, selama ini ahli MUDA yang terdiri daripada pelbagai latar belakang tidak pernah mempunyai masalah untuk bekerjasama dalam program kemasyarakatan yang diadakan.
“Ahli MUDA tidak kira apa agama atau bangsa sama-sama membersihkan masjid, tokong, kuil, gereja, gurdwara dan lain-lain tempat ibadah ketika kerja-kerja pembersihan banjir.
“Saya yakin untuk yang beragama Islam, iman mereka sedikit pun tidak terjejas sehingga hendak menukar agama,” kata Syed Saddiq.
Malah menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, beliau telah banyak kali melawat rumah ibadah penganut agama lain.
Beliau menegaskan tidak pernah melihat ada agenda untuk menjejaskan agama Islam di negara ini.
“Saya dijemput kerana saya mewakili rakyat saya tanpa perlu peduli apa agama mereka, apa bangsa mereka, dan apa fahaman politik mereka. Kebajikan mereka adalah tanggungjawab saya.
“Justeru itu, saya ingin bertanyakan adakah enakmen ini akan dipakai kepada pemimpin-pemimpin besar negara juga sekiranya mereka melawat ke rumah-rumah ibadah ini?
“Malaysia teguh kerana perpaduan dan dengan perpaduan ini datangnya kemakmuran,” katanya dalam kenyataan.
Sebagai Presiden MUDA, beliau menyeru lebih daripada 100,000 ahli MUDA untuk melawat mana-mana rumah ibadah.
Syed Saddiq mengulas kenyataan Exco Selangor Mohd Zawawi Ahmad Mughni pada 14 Mac lalu.
Mohd Zawawi berkata, peraturan telah menetapkan bahawa sebarang program melibatkan umat Islam di rumah ibadah agama lain selain dari Rumah Ibadah Islam adalah dilarang sama sekali.
Pihak JAIS sentiasa memantau dan akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang melanggar peraturan Seksyen 5 dan Seksyen 6 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988.-MalaysiaGazette
Bersangka baiklah pada arahan yang dikeluarkan. Kalau program melibatkan pemimpin rasanya takde isu pun tapi bila melibatkan hanya kelompok belia yang cetak ilmu agama mungkin akan ada sesuatu yang perlu difikirkan. Kalau berlaku program penerangan ttg agama terlibat sehingga melibatkan soal akidah mungkin akan timbul kecelaruan fahaman ttg perbezaan antara agama macam yang berlaku dalam cerita mentega terbang.
memang la tak boleh umat islam pergi kerumah ibadah agama lain, kau dah kenapa..????????
komen bodoh n liberal . of course maksud JAIS ni terlibat dlm upacara agama lain.. nama pun rumah ibadat.. kalau gotong royong tu bukan aktiviti ibadat, tu aktiviti sosial.. satu lagi hang pemimpin rakyat.. memang la boleh gi kuil gereja ikut keperluan n program munasabah .. kalau org biasa ni apa keje nak suka2 datang rumah ibadat lain . baik masing2gi rumah ibadat masing2.. kalau institusi agama pun hang tak hormat.. apa contoh hang nak bg pd generasi muda Islam sekarang?
Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan muda ni. Suara mereka pula tidak mewakili majoriti suara anak2 muda.
Elok muda2 ni pergi belajar hukum sebelum belajar politik..baru mantap akidah
Banyak lagi tempat-tempat yg boleh diziarah, seperti Rumah Kebajikan utk Orang-orang tua,Rumah kebajikan Kanak-kanak Cacat supaya MUDA dpt keinsafan yg mana tempat-tempat ini kurang mendapat perhatian dr masyarakat kita.
Oleh itu, tak payahlah nak salahkan org lain.
Cuba lihat sekeliling, krn banyak lagi benda- benda yg kita terlepas pandang. Pemimpin mesti mempunyai pandangan yg luas dan buang sikap menyalahkan org lain.
Inilah namanya Islam liberal. Dapat saham la org yg mengundinya
undang2 dah melarang tu ada sebab, jadi x payah la nak mengada ngada nak lawan, lu masjid pun jarang jejak, sibuk nak pergi kuil …dik… bawak2 muhasabah …jangan nak ikut sangat stail liberal tu..muda muda jugak…nasihat orang tua dengar la…adehhhh
Boleh nak berpolitik.. tp jgn la sampai merepek sgt. Gila undi ka apa ni.
Apa MUDA nie ada pelajaran agama atau tidak nie, takkan tak tau umat Islam dilarang sama sekali menyemarakkan atau mengagungkan atau mengambil bahagian dalam aktiviti rumah agama lain melainkan Masjid dan Surau sahaja. Inilah kalau bercakap hanya guna otak tanpa ilmu dan iman Islam. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah. Aamiin
Masyaallah demi kuasa dan pujian dari manusia jangan sampai yang dilarang dalam Islam dipandang ringan Islam tak melarang umatnya berkasih sayang dengan semua orang saling hormat menghormati tak mengira kaum dan agama selagi tidak merosakkan akidah Islam melarang umatnya bersengkokol dalam rutin ibadah agama selain Islam tapi bukan bermakna kita menghina hak mereka boleh tolong menolong tapi bukan menyokong usaha mereka dalam rutin agama mereka
undi punya pasal sanggup jadi liberal..bongok punya sad.dick ko ingt semua iman org sama ke
dunia akhir zaman. seorang yg tiada kemahiran dn pengetahuan dlm sesuatu bidang tetapi berlagak macam dia terlebih pandai. sebelum nk membantah, tolong dapatkn pandangan dulu daripada org yg berkelayakan i e mufti. ini tidak…
Perpaduan antara kaum boleh diperiratkan tetapi bukan diatas landasan agama. kerana Islam tidak boleh berkompromi dalam meletakan konon nya perpaduan kaum boleh diwujudkan dengan percampuran dan meletakan nilai samarata dalam fahaman dan urusan agama. Jadi janganlah untuk memulakan kepincangan dan kehancuran akidah hanya kerana konon nya memperhebatkan perpaduan kaum.
mp muda ni patut kena sekolahkan lg…awak bkn duk Selangor….Sultan Selangor adalah ketua agama di Selangor…
Sadik ni bingai ke bebal?? Dalam perlembagaan jelas agama islam boleh di sebarkn pada agama lain n agama lain tidak di benarkan di sebar pada agama islam, nak kata bodoh kan memang bodoh pun ko plak menyokong org yg islam melawat geraja untuk ap?? Untuk belajar cara diaorg sembayang.ko ni sebanarnya cma nk merosak kan otak anak muda je sadik..simpan sikit bebal tu untuk anak cucu ko. Nak raih sokongan pun biar berakal.ko tu di cipta sebagai manusia yg di beri akal n otak so pakai la akal jgn simpan dlm poket akal tu..
Tak usahlah buat program2 yang tidak mendatangkan faedah seperti ini, ianya juga tidak berperlembagaan.
Membahas perkara2 spt ini didalam parlimen juga hanya membazirkan wang dan masa rakyat. Lebih baik bahas perkara2 yang lebih menghimpit rakyat seperti kenaikan harga barang, bahan mentah dan sayuran yg tidak terkawal.
Ayuh anak2 muda sekali lagi kita gelombangkan PRU negeri dengan memangkah PN. Anda telah melakukannya dan telah berjaya dalam PRU yang lalu.
dah tak Ada tempat lainkah korang nak buat program ?? bengap juga korang ni muda
biarlah Agama masing2 tidak di Campur adukan dgn program Belia. lg pun x perlu. buatlah program yg lebih menafaat spt menjauhi dadah, moral yg tidak sesuai, dll yg blh meningkatkan akhlak Belia Kita.
Tak payahlah campur tangan atau nak bantah perkara yang telah ditetapkan oleh pihak yang tahu bidang mereka,kamu tu masih banyak kena belajar lagi
Lebih baik kau ikut jemaah tabligh supaya kau faham larangan ugama. Kau tu dahlah Islam kulit bawang. Merosakan akidah belia.
Bala ni! Bala!!! Banjir, tanah runtuh, LGBTQ+ semua tu bala! Semua ni terjadi atas perbuatan golongan orang yang membuat perkara mungkar ni!
Pancasila bisa promosi agama bukan Islam tanpa Islam agama rasmi dong.