KUALA LUMPUR – PMB Investment hari ini mengumumkan pulangan prestasi untuk empat dana di bawah pengurusannya iaitu Equity, Equity Malaysia Income, Equity –
Malaysia Small & Mid Capital dan Mixed Asset bagi tempoh satu, tiga dan lima tahun berakhir 28 Februari 2023.
PMB Shariah Equity Fund (PMB SEF) memberikan pulangan yang memberangsangkan sebanyak 111% untuk tempoh lima tahun berakhir 28 Februari 2023 dalam kategori Equity Malaysia Income, manakala pulangannya untuk tiga tempoh tahun dan satu tahun adalah lebih baik masing-masing pada 130% dan 29%.
Meneruskan kecemerlangan PMB SEF adalah PMB Dana Bestari Fund (PMB DEF) yang berada pada kedudukan kedua daripada 30 dana dalam pasaran di bawah Equity Malaysia Income untuk prestasi setahun dengan pulangan sebanyak 18%.
PMB DEF juga mencatatkan pulangan 67% untuk tiga tahun dan 57% untuk lima tahun, berakhir 28 Februari 2023.
PMB-An-Nur Waqf Income (PMB-ANWI) pula mencatatkan prestasi satu tahun yang menggalakkan sebanyak 17%, berakhir pada 28 Februari 2023.
Dana PMB Investment dalam kategori Malaysia Mixed Asset untuk satu, tiga dan lima tahun ialah PMB Shariah Tactical Fund (PMB STF) merekodkan pulangan
sebanyak 10% untuk satu tahun, 46% untuk tiga tahun dan 27% untuk tempoh lima tahun, berakhir 28 Februari 2023.
PMB Investment juga menguruskan dana yang dilaburkan dalam pasaran global, pasaran serantau dan Greater China.
Dana-dana ini menyediakan pelabur cara yang berkesan untuk mendapatkan keuntungan pelbagai di peringkat antarabangsa. – MalaysiaGazette