ulama Palestin
Mohd. Khairuddin Aman Razali (empat dari kiri) bersama ulama-ulama Palestin dalam pertemuan di Kuala Lumpur, hari ini. (Gambar: Facebook)

KUALA LUMPUR – Majlis Ulama UMNO mengadakan pertemuan dengan ulama-ulama Palestin hari ini bagi membincangkan  usaha memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan tokoh agama di peringkat antarabangsa.

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, ulama-ulama Palestin berkenaan berada di negara ini dari 18 Mac lalu hingga lusa.

Menurut beliau, mereka ialah Koordinator Forum Ulama Palestin, Sheikh Dr. Abdullah Kattamto; bekas Pengarah Iftaa Syria, Sheikh Dr. Alaeddin Zaatari; Ahli Majlis Ulama Palestin di Lubnan, Sheikh Dr. Abdullah Ghazzawi dan pendakwah Beirut dan Mount Lebanon, Sheikh Dr. Bashar Al-Ali.

Pertemuan hampir dua jam itu turut dihadiri oleh Penasihat Umum Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Ahmad Awang, Timbalan Penasihat Umum Amanah, Datuk Abdul Ghani Samsudin dan Presiden Kolej Dar al-Hikmah (KDH), Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty.

“Mudah-mudahan dengan siri pertemuan seperti ini akan memberikan manfaat kepada ummah khususnya umat Islam di Malaysia,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast