Murid perempuan KAFA maut digilis traler semasa pulang dari sekolah menaiki motosikal dalam nahas jalan raya di Klang pagi tadi. Foto: Bomba Selangor

KUALA LUMPUR – Seorang murid perempuan Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) yang dalam perjalanan pulang ke rumah maut apabila motosikal yang dinaiki bersama seorang wanita dan adik lelakinya terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori  treler di Klang pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, Morni Mamat berkata, ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan namun murid perempuan itu meninggal dunia di lokasi kejadian selepas parah di kepala akibat digilis tayar lori itu dalam kejadian di Jalan Tengah Kampung, Telok Gong, Klang.

“Tiga orang mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut iaitu seorang wanita dan dua kanak-kanak iaitu masing-masing lelaki dan perempuan.

“Wanita tempatan berusia 54 tahun yang menunggang motosikal itu dan kanak-kanak lelaki yang membonceng mengalami kecederaan ringan manakala kakaknya berusia sembilan tahun telah meninggal dunia serta merta akibat kepalanya digilis tayar treler tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Laporan kemalangan itu diterima pada jam 11.25 pagi.

Menurut Morni, siasatan mendapati wanita itu merupakan jiran mangsa yang membantu dua beradik tersebut pulang dari sekolah.

Tambah beliau, mayat mangsa telah diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.