Lima pegawai Imigresen yang ditahan kerana disyaki bersubahat dalam penyeludupan PATI di Sabah baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia pada hari ini penahanan lima orang pegawai Jabatan Imigresen negeri Sabah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 23 Mac lalu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa Izin (PATI)

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, jabatan berkenaan menyerahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan dan bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dengan telus dan adil.

“Jabatan Imigresen tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawainya yang melakukan perlanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan ini.

“Kami juga tidak akan sesekali melindungi mereka yang terlibat dalam sebarang aktiviti tidak berintegriti,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Seludup PATI: 5 pegawai penguatkuasa antara 9 individu direman SPRM

Tambah beliau,  tindakan dan hukuman yang sangat tegas dan serius akan diambil termasuk membuang kerja jika pegawai yang ditangkap dan disiasat SPRM itu terbukti bersalah.

Katanya, Jabatan Imigresen juga sentiasa serius dan komited dalam memastikan tahap integriti pegawai sentiasa berada pada tahap maksimum.

“Pelbagai program telah dilaksanakan bagi menerapkan nilai integriti yang tinggi dalam diri setiap pegawai Imigresen.

“Selain daripada itu, Jabatan Imigresen juga sentiasa bekerjasama erat dengn agensi lain termasuk SPRM dalam usaha memerangi penyeludupan migran,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast