Pengesuha Pusat Rawatan Kesihatan Madu Lebah, Rosli Khalid bercakap kepada media mengenai Rawatan Kesihatan Alternatif bagi penyakit kencing manis menggunakan sengatan lebah di Wisma Goshen, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 25 MEI 2023.

KUALA LUMPUR – Siapa sangka penyakit kencing manis dan barah yang dideritai seseorang itu akan terus menjadi mimpi ngeri hingga ke akhir hayat apatah lagi dikesan di peringkat ketiga dan keempat.

Lazimnya bagi pesakit kencing manis akan berdepan risiko kehilangan anggota badan khususnya kaki jika sudah mencapai tahap kronik, begitu juga pesakit kanser hingga membawa maut.

Bagaimanapun pesakit kronik kini tidak perlu risau lagi kerana rawatan alternatif seperti Apisterapi yang berasaskan sengatan dan produk lebah mampu memberi harapan baharu untuk kembali sihat seperti sediakala.

Menurut pengamal Apisterapitempatan, Rosli Khalid, walaupun sengatan lebah menyakitkan, namun bisa serangga itu mampu menjadi penawar kepada pelbagai penyakit kronik, sebagai satu ikhtiar selepas rawatan moden.

“Rawatan ini dikenali sebagai Apisterapi yang menggunakan bisa lebah dan produk lebah untuk merawat penyakit.

“Produk lebah bukan madu sahaja, ada B-pollen, propolis, royal jelly, wax, anak lebah dan di Malaysia kita ada madu kelulut, sangat istimewa.

“Ikut kajian, terlalu banyak penyakit yang boleh dirawat dengan kaedah ini. Jadi penyakit kencing manis ini sebahagian sahaja (penyakit),” katanya kepada MalaysiaGazette, baru-baru ini.

Antara rawatan kesihatan alternatif bagi penyakit kencing manis menggunakan sengatan lebah di Wisma Goshen, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 25 MEI 2023.

Menariknya kaedah Apisterapiini tidak serumit seperti perubatan moden di hospital yang memerlukan pembedahan, sebaliknya rawatan alternatif ini lebih tertumpu kepada sistem imunisasi badan.

“Kita merawat sistem, kena bagi bahan-bahan yang baik, jadi output dia akan jadi sihat.

“Kita tidak tumpu kepada penyakit diabetes, kita tumpu rawat sistem, jadi diabetes secara tidak langsung akan pulih, penyakit kulit mahupun kanser boleh pulih,” katanya.

KAEDAH RAWATAN APISTERAPI

Bisa lebah yang antara lain mengandungi enzim, protien, peptide dan asid amino digunakan dalam rawatan Apisterapi mampu menjadi penawar bukan sahaja penyakit kencing manis, bahkan banyak lagi penyakit lain.

“Kalau dianalisa bisa lebah, 88 peratus yang kita suntik itu adalah air, 12 peratus lagi ada enzim, protein, peptide, amino asid dan sebagainya, ini semua penawar.

“Sebab itu pelbagai masalah boleh diselesaikan. Malah rawatan sengat lebah ini tidak membatalkan puasa, jadi tak perlu risau untuk membuat rawatan walaupun di bulan puasa,” katanya.

Antara rawatan kesihatan alternatif bagi penyakit kencing manis menggunakan sengatan lebah di Wisma Goshen, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 25 MEI 2023.

Jelasnya, rawatan Apisterapi itu mudah termasuk meletakkan sengat lebah di bahagian anggota badan yang sakit dan dibiarkan beberapa minit sebelum bisa serangga itu menyerap ke saluran darah.

“Sengat lebah, kalau untuk sakit-sakit lutut, kita akan sengat di bahagian anggota yang sakit, kalau ada luka-luka kerana kencing manis, kita pergi ke tempat luka itu, sakit lutut pergi kepada lutut, kalau sinus letak dua ekor di hidung.

“Apabila kita gunakan sengat lebah, kita pergi ke tempat paling hampir dengan masalah walaupun bisa lebah akan pergi ke satu badan.

“Ikut kajian, bisa lebah bila masuk ke dalam badan, tidak ada satu pun negatif, dia merangsang tindak balas penyembuhan secara semulajadi.

“Kita tak tahu apa masalah dalam badan kita, ada orang datang kerana kanser payudara, tapi tidak cerita yang diaada kanser paru-paru, bila buat rawatan, kedua-dua sembuh,” katanya.

Antara rawatan kesihatan alternatif bagi penyakit kencing manis menggunakan sengatan lebah di Wisma Goshen, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 25 MEI 2023.

KESAN SAMPINGAN

Rosli berkata, sepanjang lebih 15 tahun beliau menjadi pengamal rawatan Apisterapi, tiada seorang pun pesakitnya yang mengalami kesan sampingan mahupun alahan terus akibat sengatan lebah.

“Pengalaman saya merawat, Alhamdulillah setakat ini tiada (pesakit) yang menunjukkan alahan terlalu teruk. Kalau ada pun balik rumah demam panas atau sejuk, dia boleh berlaku serentak dalam masa sejam, itu tak mengapa.

“Kalau buat rawatan sinus, mata bengkak, itu tak apa, yang penting hilang masalah sampai 20 hingga 30 tahun, boleh selesai dengan sekali rawatan.

“Pesakit tak perlu pergi ke hospital, apabila berlaku alahan, kita akan tunjuk cara yang perlu dibuat, sebab itu saya pentingkan mereka dengar taklimat saya,” katanya.

KOS RAWATAN

Rosli memberi jaminan kos rawatan Apisterapi ini tidak membebankan pesakit kerana bahan perubatan yang digunakan hanya berasaskan lebah termasuk sengat lebah dan produk berasaskan serangga itu.

“Kalau nak diikutkan, kos ini bergantung kepada siapa yang buat rawatan, kalau kaki tak payah potong, payudara tak payah dibuang, berapa nilainya jika dapat diselamatkan.

“Saya tidak meletakkan satu harga yang tinggi malah kalau nak ikutkan memang tak berbaloi merawat kanser dengan harga yang kurang dari RM10,000.

“Kalau Sinus murah sahaja serendah RM130 sahaja untuk sekali rawatan. Tapi berbeza dengan kanser yang memerlukan rawatan itu berulang kali,” katanya.

Katanya, produk berasaskan lebah yang digunakan dalam rawatan Apisterapi juga dihasilkan beliau sendiri untuk memastikan pesakitnya mendapat bahan yang berkualiti dan tulen.

“Kita merawat, ini bukan komersial, jadi kita kena pastikan produk-produk yang kita guna ini adalah tulen.

“Kalau kita nak ambil dekat luar, majoriti banyak yang tidak tulen, di sini kita pastikan benda yang tulen digunapakai, kita nak rawat sistem, kena beri bahan-bahan yang baik supaya output baik,” katanya.

Antara rawatan kesihatan alternatif bagi penyakit kencing manis menggunakan sengatan lebah di Wisma Goshen, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 25 MEI 2023.

JENIS LEBAH

Dalam rawatan Apisterapi, Rosli akan menggunakan sengatan lebah daripada spesies Apis Mellifera yang turut digunakan di seluruh dunia.

“Di Malaysia ada lebah dipanggil Apis Cerana, dia kecil sedikit. Bezanya lebah Apis Mellifera lebih besar saiznya.

“Spesies ini digunakan dalam penghasilan produk lebah khususnya madu yang banyak khasiat seperti B-Pollen.

“Spesies ini sangat produktif, kalau spesies Apis Cerana itu madu dia sedap tapi tak banyak hasilnya,” jelasnya.

APISTERAPI MASIH BARU DI MALAYSIA

Rosli mengakui rawatan Apisterapi masih baru di Malaysia dan ramai pesakit tidak mengetahui manfaatnya dalam mengubati pelbagai jenis penyakit kronik.

“Saya di sini lebih 15 tahun, memang peringkat permulaan memang sukar, tak ada orang yang tahu tentang perkara ini.

“Apa yang berlaku ialah pesakit yang baik akan menceritakan kepada mereka yang lain. Alhamdulillah setiap hari kita ada pesakit baharu.

“Saya rasa dengan penggunaan media sosial, rawatan ini akan lebih terdedah dan kita akan pertingkatkan lagi (usaha promosi) supaya pemahaman masyarakat terhadap rawatan ini dapat diterima dengan lebih luas dan sudah sampai masanya untuk kita dedahkan kebaikan rawatan Apisterapi ini,” katanya.

Beliau tidak menafikan rawatan Apisterapi pada awalnya sukar mendapat kepercayaan daripada orang ramai, apatah lagi aspek kesihatan di negara ini lebih tertumpu kepada perubatan moden.

“Sebab itu saya perlukan pesakit untuk dengar taklimat terlebih dahulu supaya mereka terdedah supaya mereka faham kena perlu terlibat dengan sengat lebah.

“Sengat lebah memang sakit ,tapi kebaikannya boleh tengok sendiri, kadang-kala depan mata boleh berlaku, ada kes sembahyang atas kerusi selama 10 tahun boleh sembahyang dalam masa15 minit.

“Ada kes orang yang strok dua tahun boleh berlaku dalam masa 30 minit, sangat ajaib, pengalaman itu kena rasai sendiri,” katanya.

Antara rawatan kesihatan alternatif bagi penyakit kencing manis menggunakan sengatan lebah di Wisma Goshen, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 25 MEI 2023.

APISTERAPI MASIH BELUM KOMERSIAL

Dalam pada itu, beliau memberitahu rawatan Apisterapi masih baharu di negara dan ia bakal dikomersialkan tidak lama lagi, susulan sambutan yang menggalakkan daripada pesakit.

“Kita dalam proses mendedahkan kaedah rawatan ini sebab saya rasa ia perlu didedahkan. Bagi saya ia satu kaedah rawatan yang sangat berkesan, orang ramai perlu mengetahui mengenainya.

“Malah ada syarikat dari luar negara sudah meminta untuk komersialkan ke seluruh dunia. Dengan produk yang saya ada, boleh penuhi permintaan pesakit,” katanya.

Antara rawatan kesihatan alternatif bagi penyakit kencing manis menggunakan sengatan lebah di Wisma Goshen, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 25 MEI 2023.

Katanya lagi, meskipun banyak kajian mengenai khasiat sengat dilakukan sejak ratusan tahun lalu, namun sudah masanya kebaikan rawatan ini perlu didedahkan kepada umum.

“Kalau nak buat kajian, saya mati dengan kajian, jadi saya mengambil pilihan untuk melaksanakan rawatan ini. Selama 15 tahun ini, saya melihat keajaiban, kajian begitu banyak tapi tidak didedahkan.

“Kenapa tidak didedahkan kerana terlalu murah untuk merawat penyakit dengan kaedah ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast