Datuk Seri Anwar Ibrahim berkunjung ke Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi, foto Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – Rakyat negara ini khususnya pemimpin politik dinasihatkan berhati-hati mengeluarkan kenyataan terhadap keluarga diraja Arab Saudi berhubung lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Dr Azmi Hassan bimbang implikasi  buruk jika kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan mengguris hati Riyadh dan keluarga diraja negara itu.

Nasihatnya, lawatan Anwar tidak sewajarnya dipolitikkan dalam apa bentuk sekali pun apatah lagi melibatkan keluarga diraja Arab Saudi kerana Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammad  Salman bukan calang-calang individu untuk diperkatakan.

“Saya bimbang kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan di negara ini disalah erti lalu memberi interpretasi seolah-olah mereka (keluarga diraja) sombong oleh kedutaannya di Malaysia,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Jelas beliau, kebimbangannya berasas berdasarkan apa yang telah berlaku pada Amerika Syarikat (AS).

AS dilihat begitu lantang mengkritik Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi hingga satu peringkat Riyadh mula menjauhkan diri dan enggan melayan permintaan Washington berhubung isu pengeluaran minyak dunia.

“Keadaan ini menunjukkan Arab Saudi mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang membuat kenyataan terhadap keluarga diraja. Jadi, kita tidak mahu ini berlaku,” tambahnya.

Azmi berkata, sebagai sebuah negara kecil, rakyat Malaysia tidak sewajarnya kecil hati dengan layanan Arab Saudi kepada lawatan Anwar.

Apatah lagi Malaysia ada ‘kisah’ dengan Arab Saudi semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2018.

“Kalau masih ingat, kita (Malaysia) bertindak menarik semula pasukan tentera yang sedang membantu Arab Saudi menyekat serangan Syiah Houthi di Yaman yang mengancam keselamatan Mekah dan Madinah di tengah-tengah kemuncak peperangan.

“Malah Malaysia membatalkan penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP),” ujarnya.

Oleh itu, kerajaan perlu mengelak isu lawatan itu berlarutan dan segera menghentikannya bagi tidak timbul salah faham yang boleh mengeruhkan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Mengulas kenyataan segelintir pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang memperlekehkan sambutan Arab Saudi kepada lawatan Anwar baru-baru ini, Azmi berkata, tidak wajar parti itu mengaitkan Anwar.

Ini kerana, semasa PH memerintah 22 bulan, Anwar tidak menyertai Kabinet, yang ada ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beliau (Muhyiddin) patut rasa terkesan.

“Waima apa pun, pada saya, isu ini secara keseluruhannya perlu dihentikan dengan cara berhemah. Naratif yang dibawa oleh parti politik ini perlu ditangkis.

“Memang pihak yang membuat naratif ini akan rasa menang kalau tidak dilawan kerana isu ini boleh dijadikan bahan kempen pada pilihan raya nanti.

“Tetapi perlu diingat, bagi umat Islam di Malaysia, hubungan baik dengan Arab Saudi perlu dipelihara sebaik mungkin. Kena ingat, hubungan baik ini amat penting,” tambah Azmi.

Dalam hal ini, beliau berkata, setakat ini, hubungan Najib dan Riyadh telah mencapai satu penanda aras yang tinggi dan tidak pernah diterima oleh mana-mana pemimpin di rantau ini.

“Perkara ini perlu diakui oleh sesiapa pun,” katanya. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Pensyarah Felo ni walaun celah mana tahap akal dia?
    Kenapa anggap Riyadh berfikiran lebih rendah dari diri anda?
    Rakyat Malaysia berhak bersuara “DIHINA begitu buruk” apabila PM telah dijemput Riyadh seharusnya “dilayan” seperti Ketua Kerajaan setaraf negara-negara lain.
    Berhubung “sejarah” Riyadh-Amerka yang dikaitkan tu contoh kelaut umpama pelajar minta penjelasan ketamadunan manusia…. Felo ni fokus pembiakan anjing… pada pelajar Kes ni…. perlu tolak:-
    PM atau Felo walaun
    kalau Felo ni tak Komen pasti rakyat “tak tahu….”
    pilihan diakal kebijaksanaan ANDA

    • masok Kaabah? Alhamdulillah. siapa untong, yg masok lah. ha ni kan kaabah bukan masok hotel 10 bintang! Masok masjidil haram pun dah penuh syukur walhal pulak meletakkan diri dlm kaabah. Penuh rahmah

  2. Salam takziah sebab tak dapat masuk kaabah, boleh cuba lagi dimasa2 akan datang… Kalau dapat masuk pun ianya bukanlah petanda seseorang tu dianggap mulia? Kah..kah..kah..

  3. Tiada temujanji maka takkan dapat bertemu, kan?
    Asalkan dapat tambah quota haji dan tambah beli minyak sawit pun dah memadai via email.

Comments are closed.