Koo Shiaw Lee

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan menggesa Lim Hui Ying meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan kerana gagal menjawab soalan serta memalukan kerajaan.

Naib Presidennya, Koo Shiaw Lee berkata, tindakan itu memalukan diri sendiri dan adakah itu kualiti seorang menteri kerajaan campuran.

“Ini adalah satu pembaziran kepada wang Kerajaan, menggajikan seorang timbalan menteri yang tidak mengambil serius terhadap tanggungjawabnya”

“Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku di dalam Dewan Parlimen, seorang timbalan menteri perlulah bersedia dengan apa jua soalan yang diberikan” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel berkaitan: Pegawai Lim Hui Ying mohon maaf

Potong gaji Hui Ying RM10 – Pemuda MCA

Dalam Sidang Parlimen semalam, Lim Hui Ying tidak dapat menjawab soalan seorang Ahli Parlimen Pengkalan Chepa daripada Perikatan Nasional, Datuk Ahmad Marzuk Shaary mengenai peruntukan dan mekanisme pemantauan Rancangan Makanan Tambahan.

Koo Shiaw Lee berkata, soalan yang diberikan sepatutnya telah dibuat, tetapi Hui Ying tidak membawa atau membacanya dan sepatutnya menyediakan jawapan tersebut dengan lebih awal.

“Ini menunjukkan Lim Hui Ying hadir ke Dewan Parlimen hanya sekadar syarat dan bukannya untuk selesaikan masalah rakyat”

“Tolonglah buat ‘homework’ terlebih dahulu sebelum masuk Parlimen agar rakyat tidak nampak kamu tak buat kerja” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast