KUALA LUMPUR – Kerajaan melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih tahunan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bercadang untuk melanjutkan pelepasan cukai berkenaan sehingga tahun 2024.
“Kami mendengar keresahan yang disuarakan, suka saya maklumkan di sini bahawa, Kerajaan bercadang untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih tahunan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sehingga tahun 2024.
“Cadangan ini melibatkan kehilangan hasil Kerajaan sekitar RM250 juta setahun dan memanfaatkan lebih 400 ribu pembayar cukai,” kata Anwar dalam Pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Negara hari ini.
Pada 27 Mac lalu Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim dilaporkan berkata, bermula tahun ini, pembayar cukai yang mencarum dalam SSPN tidak lagi layak menuntut pelepasan cukai individu sehingga RM8,000.
Steven mengesahkan, kerajaan memutuskan untuk tidak lagi melanjutkan insentif pelepasan cukai ke atas simpanan SSPN atas pelbagai sebab.
Bagaimanapun beberapa pihak termasuk ahli Parlimen membantah langkah tersebut kerana memberi kesan kewangan yang agak besar kepada golongan pertengahan.
Tambahnya simpanan SSPN adalah untuk pendidikan anak-anak bukan untuk membeli barangan mewah dan kerana itu pelepasan cukai harus dikekalkan.- MalaysiaGazette
Try la mansuhkan. Kami pakat pakat keluarkan simpanan kami di PTPTN plak pasni. Tunggu PTPTN jd next Silicon Valley Bank.. kau pikir nak kaut duit cukai ja. Kami ni tak payah simpan duit? Cukai kurang 2%, kat lain pulak kau nak cekau.
Saya ulang saya ulang …ini ANWAR bercakap….saya…saya umumkan Sandiwara Munafik
malam ini pegang PUTRAJAYA ,,,RAKYAT nikmati petrol turun..TOL HAPUS,,,,PTPTN HAPUS…royalti diberi kembali
baik melayu cina india kadazan iban dan lainya semua dijaga dan utamakan