PUTRAJAYA – Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk menggunakan lambang dacing bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti sudah diketahui oleh Pakatan Harapan (PH)
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keputusan itu dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana Kerajaan Perpaduan yang menggabungkan beberapa gabungan parti tidak mempunyai logo rasmi setakat ini.
“Buat masa sekarang untuk berdepan dengan PRN aspek penggunaan logo ini adalah dalam domain keputusan gabungan politik itu sebab UG (Kerajaan Perpaduan) tidak ada logo.
“PH dan BN ada logonya jadi dalam konteks itu Pengerusi BN yang juga Presiden UMMO, Datuk Seri Ahmad Zahid membuat keputusan sebab dalam domain BN.
“Apakah dia ada memaklumkan secara tidak rasmi, kami ada berjumpa hampir setiap hari termasuk perkara ini (isu logo).
“Ada dalam pengetahuan kita (PH) sebab kita bersembang dan jumpa di Parlimen bertanyakan sambutan di Kedah, Pulau Pinang. Adalah anjakan pengundi Melayu,” katanya dalam sesi dialog Menteri Dalam Negeri bersama media di kementeriannya, petang tadi.
Artikel berkaitan: UMNO guna lambang dacing pada PRN enam negeri – Ahmad Zahid
Terdahulu Ahmad Zahid yang mewakili BN memaklumkan bahawa gabungan itu akan menggunakan lambang dacing bagi PRN di enam negeri nanti.
Malah Ahmad Zahid berkata parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan pula akan menggunakan lambang pilihan masing-masing bagi calon mereka.
Tambah Saifuddin lagi, Jawatan Sekteriat Kerajaan Perpaduan telah bersetuju beberapa parameter dalam proses rundingan kerusi sempena PRN.
Jelasnya, formula perundingan kerusi antara PH dan BN telah dimulakan namun ianya masih belum diselesaikan dalam pertemuan sebelum ini.
“Di peringkat PH dan BN perundingan tentang formula pengagihan kerusi telah pun dibuat, tapi tidak selesai sekali sahaja kena ada siri rundingan.
“Kami sudah bersetuju dengan beberapa parameter yang akan memandu proses rundingan agihan kerusi.
“Sudah pun dipersetujui beberapa parameter,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Bagi BN bertanding penuh di;
KEDAH
KELANTAN
TERENGGANU
KEKALKAN kerusi MENANG sediada di;
SELANGOR
NEGERI SEMBILAN
PULAU PINANG
PH juga KEKALKAN kerusi MENANG sediada di negeri berkaitan.
untuk kerusi NEGERI PH kalah terus diwakili calon PH.
BN hanya layak mempertahankan kerusi MENANG PRU 14 sahaja.
rakyat akan mengajar erti PILU KECEWA untuk BN.