Penggunaan e-skuter dibantah penduduk Paris. foto Twitter

PARIS – Penduduk Paris telah mengundi untuk mengharamkan penyewaan skuter elektrik di bandar ini, sekali gus memberi tamparan kepada pengendali skuter.

Hampir 90% undian yang diberikan pada hari Ahad menyokong pengharaman peranti tersebut.

Tetapi undi berkenaan di bawah 8% daripada mereka yang layak mengundi.

Referendum itu diadakan sebagai tindak balas terhadap peningkatan jumlah orang yang cedera dan terbunuh ketikamenggunakan e-skuter di ibu negara Perancis.

Daripada 1.38 juta orang dalam daftar pemilih di bandar itu, hanya lebih 103,000 mengambil bahagian, menurut angka rasmi.

Daripada jumlah ini, lebih 91,300 mengundi menentang penggunaan skuter ini.

Paris adalah salah satu bandar pertama yang menggunakan kenderaan elektrik itu tetapi pengkritik berpendapat ia menyebabkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan.

Terdapat kebimbangan yang semakin meningkat dengan cara sesetengah individu yang memandu skuter terutama semasa menelusuri lalu lintas, semasa mengelak pejalan kaki dan memandu dengan kelajuan 27 kilometer sejam.

Penunggang selalunya tidak memakai topi keledar dan kanak-kanak seawal 12 tahun boleh menunggang e-skuter secara sah.

Selain itu, ada pihak yang mengkritik e-skuter diletakkan berselerak di tepi jalan.

Pada 2021, seorang wanita Itali berusia 31 tahun maut selepas dilanggar oleh e-skuter yang membawa dua orang.

Dia terjatuh dan kepalanya terhantuk di atas jalan hingga mengalami serangan jantung.

Tetapi pengendali e-skuter berhujah bahawa kenderaan itu merupakan sebahagian kecil daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di bandar itu. – Agensi