The Member of Parliament of Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 02 AUGUST 2018. free computer free laptop free tablet luxury cars Vellfire Mercedes
Steven Sim. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 02 AUGUST 2018.

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan melibatkan pindaan mengenai menguatkuasakan langkah-langkah cukai pendapatan individu yang telah diumumkan sebelum ini dengan menaikkan had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan daripada RM8,000 kepada RM10,000.

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim berkata,  langkah lain dengan memperluaskan skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan untuk meliputi kos pemeriksaan, intervensi awal dan rawatan pemulihan bagi anak-anak kurang upaya pembelajaran.

Kata beliau, ia meliputi autisme, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), Global Developmental Delay (GDD), Intellectual Disability, Down Syndrome dan Specific Learning Disability di mana potongan cukai yang dibenarkan adalah terhad kepada RM4,000.

“RUU juga memotong perenggan 46(1)(k) berikutan potongan cukai ke atas simpanan bersih dalam Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) tidak lagi diteruskan dan melanjutkan potongan cukai tambahan sebanyak RM1,000 dari tahun taksiran 2023 kepada tahun taksiran 2024 bagi bayaran yuran taman asuhan atau tadika yang berdaftar bagi kanak-kanak yang berumur enam tahun dan ke bawah.

“Perenggan 46(1)(k) dikekalkan berikutan keputusan Kerajaan untuk terus membenarkan potongan cukai ke dalam SSPN dan disyorkan untuk dipinda di peringkat Jawatankuasa,” katanya ketika membentangkan RUU Kewangan 2023 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Steven menambah, RUU itu bagi Fasal 5 juga bertujuan meminda Seksyen 49 mengenai perluasan skop pelepasan cukai bagi premium insurans nyawa atau caruman takaful hayat untuk meliputi caruman sukarela kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sehingga RM3,000.

“Fasal 6 hingga 10 bertujuan meminda Seksyen 77, 77A, 77B, 83 dan 86 bagi mewajibkan pengemukaan suatu penyata pendapatan dalam borang yang ditetapkan dibuat secara e-filing atau penghantaran secara elektronik kepada semua kategori pembayar cukai.

“Fasal 11 dan 15 bertujuan meminda Seksyen 97A dan 131A untuk memperluas skop pemakaian relif kepada subseksyen 107D(3). Pindaan ini membenarkan syarikat yang membayar komisen kepada ejen, pengedar atau pengagih untuk meminda borang nyata cukai pendapatan yang telah dikemukakan bagi menuntut potongan cukai ke atas perbelanjaan komisen sekiranya syarikat tersebut telah meremitkan dua peratus cukai pegangan ke atas komisen kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dengan mengemukakan permohonan rayuan bukan kesilapan atau khilaf.

“Fasal 12 bertujuan meminda Seksyen 103 bagi memperuntukkan bahawa Ketua Pengarah boleh membenarkan pembayar cukai yang tidak mampu menjelaskan baki cukai sepenuhnya pada tarikh akhir penghantaran borang nyata cukai pendapatan untuk
menjelaskan baki cukai secara ansuran,” katanya. – MalaysiaGazette