Foto Facebook Kelantan FC.

KUALA LUMPUR – Kelantan FC telah melantik Rezal Zambery Yahya sebagai pengendali sementara setelah Choi Moon Sik direhatkan daripada jawatan ketua urulatih bermula perlawanan malam tadi.

Rezal yang pernah mengetuai pasukan itu pada musim lalu menjawat jawatan sebagai penolong ketua jurulatih pada musim 2023 ini.

“Semoga dengan perlantikan ini, Coach Rezal Zambery dapat memikul tanggungjawab ini untuk mamacu pasukan TRW Kelantan FC ke arah yang lebih baik.

“Pelantikan ini berkuat kuasa, sehingga pihak pengurusan melantik Ketua Jurulatih Kelantan FC yang baru,” kata kelab itu di Facebook miliknya, hari ini.

Malam tadi, Moon-sik kelahiran Korea Selatan secara tiba-tiba telah diumumkan ‘direhatkan’ 40 minit menjelang derbi Pantai Timur berdepan Terengganu FC.

Tindakan itu mengejutkan penyokong dan pemerhati kerana kelibatnya kelihatan masih bersama pasukan dalam sesi latihan memanas badan.

Dengan pengumuman itu,dia menjadi jurulatih pertama Liga Super yang ditunjukkan pintu keluar walaupun selepas enam perlawanan.

Kelantan FC kini berada di kedudukan ke-11 liga dengan hanya merekodkan satu kemenangan dan satu keputusan seri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast