Tiada sebarang bentuk demonstrasi oleh doktor kontrak di Hospital Tengkua Ampuan Afzan, Kuantan

KUANTAN – Tiada sebarang mogok oleh doktor kontrak dibuatcdi di 12 hospital  daerah di negeri ini.

Mogok itu sebelum ini didakwa diadakan pada 3 hingga 5 April bagi menuntut enam tuntutan kepada kerajaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, operasi perkhidmatan kesihatan berjalan lancar seperti biasa.

“Tiada mogok berlaku di semua hospital kerajaan dalam negeri Pahang, mahupun di 93 buah Klinik Kesihatan (KK) di sini.

“Malahan operasi berjalan lancar tanpa sebarang bentuk protes atau tanpa sebarang gangguan. Rutin pesakit menerima rawatan seperti biasa,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf turut mengesahkan tiada sebarang laporan polis diterima berhubung insiden mogok dalam kalangan doktor kontrak di Pahang.

Dalam perkembangan sama, tinjauan MalaysiaGazette pada hari Isnin hingga Rabu mendapati keadaan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) terkawal dan semua perkhidmatan perubatan berjalan lancar seperti biasa.

ARTIKEL BERKAITAN : Tiada mogok doktor kontrak di HTAA

Rata-rata pelawat dan pesakit  yang ditemui juga mengakui perkhidmatan rawatan berjalan berjalan baik tanpa gangguan atau sekatan kakitangan pegawai perubatan yang bertugas.

Selain itu tiada juga sebarang bentuk kekecohan dilaporkan atau kumpulan doktor berhimpun beramai-ramai.

Semalam, Perdana Menteri berkata, isu penyerapan doktor lantikan kontrak ke jawatan tetap dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh tiga tahun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penyerapan itu perlu dibuat secara berperingkat selepas mempertimbangkan implikasi kewangan perlu ditanggung kerajaan, jika ia diselesaikan secara sekali gus.

Sehubungan itu, katanya, seramai 4,300 daripada 20,333 doktor lantikan kontrak di seluruh negara yang akan diserap ke jawatan tetap secara sekali gus pada tahun ini. – MalaysiaGazette