Tiada gerakan mogok dari kalangan doktor kontrak di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bertemakan Mogok Black Monday seperti yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari di seluruh negara bermula hari ini.

KUANTAN – Keadaan terkawal di Hospital Tengku Ampuan Afzan  (HTAA) di sini dan tidak berlaku sebarang protes atau mogok oleh para doktor  kontrak sepanjang hari ini.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati pasukan sekuriti menjalankan tugas menyelia pesakit seperti biasa dan tidak ada kelihatan mana-mana pihak berkumpul.

Manakala pelawat dan pesakit di sini juga mengakui perkhidmatan rawatan berjalan berjalan baik tanpa gangguan atau sekatan kakitangan pegawai perubatan yang bertugas.

Tiada juga sebarang kekecohan dilaporkan atau kumpulan doktor berhimpun beramai-ramai untuk mengatakan protes.

Terdahulu media melaporkan mogok doktor kontrak Malaysia menerusi laman Instagram yang diadakan pada 3 hingga 5 April ini dengan bertemakan Mogok Black Monday bagi menuntut enam tuntutan kepada kerajaan. – MalaysiaGazette