MEXICO CITY- Sebanyak 25 haiwan eksotik, termasuk singa, puma dan seekor harimau Bengal dirampas di sebuah ladang di bandar ini.

Pihak berkuasa membuat serbuan selepas dimaklumkan mengenai “aktiviti mencurigakan” di ladang di Huixquilucan, Mexico City.

Mereka juga menemui pam yang dipercayai digunakan untuk mencuri petrol daripada saluran paip bahan api.

Penjenayah di Mexico sering menjadikan haiwan eksotik sebagai haiwan peliharaan sejak kebelakangan ini, lapor BBC.

Tapak di mana haiwan itu ditemui dipercayai digunakan oleh kumpulan yang pakar dalam mencuri dan menjual minyak.

Pihak berkuasa juga menemui sebuah kontena dengan 14,000l diesel, serta beberapa kenderaan besar seperti lori dan bas, yang mungkin telah dicuri.

Sebanyak 47 haiwan hidup berada di hartanah itu, sebahagian daripadanya disimpan dalam sangkar.

Pihak berkuasa juga merampas tujuh haiwan mati.

Pemerdagangan haiwan adalah perniagaan yang menguntungkan di Mexico, dengan kumpulan penjenayah giat membeli dan menjual spesies eksotik untuk mendapatkan keuntungan.

Walaupun tidak menyalahi undang-undang untuk memiliki haiwan eksotik di Mexico selagi pemilik boleh membuktikan ia datang dari peniaga bertauliah dan dilahirkan dalam kurungan, banyak haiwan yang dirampas oleh pihak berkuasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Perdagangan haram flora dan fauna kini dianggarkan sebagai perusahaan haram keempat terbesar di negara ini, selepas pengedaran dadah, manusia dan senjata api, menurut pejabat peguam negara Mexico untuk perlindungan alam sekitar. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast