Ali Mohd Noh, 84, dilihat berada di sekitar Jeti Anjung Batu, Umbai, Melaka pada 2 April lalu.

JASIN – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang warga emas lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Midah, Cheras Kuala Lumpur sejak 21 Mac lalu lalu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, Ali Mohd Noh, 84, lelakitersebut dilihat berada di sekitar Jeti Anjung Batu, Umbai, di sini, pada 2 April lalu oleh saksi awam yang kemudian memaklumkan kepada anaknya.

Menurutnya, kali terakhir warga emas itu dilihat adalah membawa tongkat kuning dan beg galas berwarna kelabu serta beg silang hitam dengan memakai kain pelikat.

“Penglihatannya kurang jelas, selain mempunyai masalah ingatan dan dalam keadaan lemah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus dengan Sarjan Abdul Jalil Puteh di talian 016-425 5996 atau Balai Polis Merlimau, 06-263 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette