DAP Melayu Melayu-Islam
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Pihak yang menuduh Melayu sebagai angkuh dan membandingkan dengan keadaan Islam di Kemboja disifatkan sebagai buta hati.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Islam pernah dianut oleh bangsa Champa yang memerintah Kerajaan Champa namun jatuh menjadi kaum minoriti dan merempat di negara sendiri.

Pada era komunis, ramai penganut Islam di Kemboja dibunuh dan paling ramai berhijrah ke Malaysia.

Menurut Abdul Hadi, jika Melayu bersifat angkuh kumpulan pelarian Kemboja tidak akan memilih Malaysia sebagai tempat hijrah untuk menyelamatkan agama mereka.

“Melayu dituduh angkuh dibandingkan dengan Kemboja, menunjukkan jahil tentang sejarah kejatuhan kerajaan Melayu Islam di Kemboja, atau kerana buta hatinya,” kata Abdul Hadi.

Tambah beliau, jika Melayu bersifat angkuh kaum itu tidak akan menerima kedatangan Islam di negara ini dan akan kekal menganut agama Hindu dan Budhha.

Ini kerana agama Islam dibawa oleh bangsa asing ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu.

“Kalau Melayu ini angkuh seperti Iblis, sudah pasti mereka tidak akan memeluk Islam dengan mudah kerana Islam dibawa oleh pendatang asing daripada kalangan bangsa Arab dan India Muslim yang bukan Melayu,” kata Abdul Hadi.

Kata Abdul Hadi, hanya Melayu yang tidak sayangkan kaumnya  atau tegak bersama fanatik perkauman sahaja yang merosakkan kaum itu dan semua bangsa dalam masyarakat majmuk.

Sebaliknya, hanya Melayu yang tegak bersama Islam akan menjadikan Melayu dan semua bangsa lain selamat.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Seandainya negara-negara kecil bekas jajahan British macam Qatar, UAE, dan Kuwait ikut angkara politikus Pak Pandir beri hak warganegara tempatan kepada migran ekonomi bukan pribumi maka pasti sebahagian tanah Pak Arab tersebut tergadai sebijik tergadainya Singapore dan Penang kepada majority migran ekonomi bukan pribumi politikus Pak Pandir ooiii.

Comments are closed.