KUANTAN – Pelaburan China di Malaysia tidak akan mengakibatkan negara termasuk dalam perangkap hutang malah ia dilihat sebagai kerjasama dua hala yang strategik.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pelaburan yang dibuat perlulah diuruskan dengan baik dengan memaksimumkan kentungan bagi mengelak terperangkap dengan bebanan hutang.
Tambahnya, setiap pinjaman yang diperoleh untuk melaksanakan projek infrastruktur perlu digunakan sebaik mungkin.
“Kita memang ambil pinjaman untuk melakukan projek itu, jadi kita kena maksimumkan keuntungan melalui projek itu. Contohnya seperti projek ECRL kita sekarang ini sedang memaksimumkan nilai projek ini untuk membangunkan negeri kita, jadi kita perlu pandai menguruskan projek kita sendiri.
“Ini adalah pilihan kerajaan, bila kita tandatangan perjanjian, itu adalah komitmen kita kena ambil tanggungjawab untuk melaksanakan satu-satu projek.
“Apabila kita mahu laksanakan satu-satu projek, sudah tentu ada kelebihannya, kita tak boleh lihat seolah-olah satu ‘perangkap’ untuk kita, hutang kepada mana-mana pihak atau negara China,” katanya.
Anthony berkata demikian ketika sidang media sejurus majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Penubuhan MCKIP di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.
Projek pembinaan ECRL sepanjang 665 kilometer itu dijangka siap pada 2026 dan boleh digunakan pada tahun 2027 membabitkan kos RM55 bilion.
Pembinaan projek itu dilakukan syarikat China Communications Construction Company (CCCC), sebuah syarikat milik kerajaan China yang sedang cuba melobi kontrak Landasan Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura.
Kerjasama Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) bersama China itu merupakan model pembangunan dan dasar luar negara berkuasa besar itu untuk menyediakan peluang kepada negara membangun bagi menjayakan projek infrastruktur di negara ini.
Pelaburan negara itu melalui pembiayaan dalam projek berskala besar seperti Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL), Taman Perindustrian Malaysia – China Kuantan (MCKIP) dan Terminal Laut Dalam Pelabuhan Kuantan.
Sejak 2008 hingga 2021, sebanyak 22 negara membangun menjadi ‘mangsa’ China selepas gagal membayar komitmen hutang berjumlah USD240 bilion untuk kerja pembangunan infrastruktur di negara terbabit – MalaysiaGazette
Dah ada pattern 22 buah negara mangsa hutang perangkap Ah Long Komunis, kecuali politikus Pak Pandir sebelumnya terperangkap dengan tentera Komunis aka tentera PKM dapat hak warganegara tempatan sejak September 1988 politikus Pak Pandir ooiii!
Menteri dah berborak “HUTANG BUKAN PERANGKAP” tapi 22 Negara telah kena scammer hutang…..
Menteri tak sembang pun apa “balasan akhirnya” musibah jika Welanon Welanon sekarang gagalkan Bayaran?
pernah ada dan Masih Kekal message itu…..
“belajar lah hingga ke NEGERI CHINA”
maknanya selain belajar “manusia” kena fahami rungkaian #*BELAJAR* itu… belajar untuk tidak dimusnahkan..