KUALA LUMPUR – Kenyataan Pengerusi Perhubungan Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi mengenai penurunan tanah rizab Melayu di negeri itu disanggah.
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli berkata, kenyataan Ahmad Yunus adalah fitnah dan tidak tepat kerana jumlah itu ternyata meningkat.
“Faktanya, pada tahun 2013, keluasan Tanah Rizab Melayu Negeri Selangor berjumlah 395,946.50 ekar.
“Sejak Pas tidak lagi menjadi sebahagian dari kerajaan Negeri Selangor mulai tahun 2018, keluasan Tanah Rizab Melayu Negeri Selangor telah meningkat secara strategik kepada 401,935.96 ekar (tahun 2019), dan sebanyak 403,123.39 ekar (tahun 2021).
“Ini bermaksud keluasan Tanah Rizab Melayu di bawah pentadbiran Pakatan Harapan Negeri Selangor telah meningkat sebanyak 7,176.89 ekar, termasuk pewartaan di Hilir Tambahan – Hulu Langat, Kundang – Kuala Langat, Selayang Pindah – Gombak, Ulu Semenyih – Hulu Langat, dan Bukit Cherakah – Petaling,” katanya dalam satu kenyataan petang tadi.
Ahmad Yunus siang tadi mendakwa berdasarkan isu data Rizab Tanah Melayu setakat 30 November 2022 mendapati, ia turun sebanyak 3,200 hektar pada 2019 hingga 2021.
Ekoran itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati itu menggesa agar Ahmad Yunus membuat permohonan maaf kerana memfitnah dan menipu rakyat Selangor.
“Kerajaan Negeri Selangor terus komited untuk memelihara keluasan Tanah Rizab Melayu agar dipantau secara rapi melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor.
“Pas wajar memohon maaf kerana cuba memfitnah dan menipu warga Selangor. Pas harus muhasabah dan mengelak daripada amalan tercela dengan menyebar fitnah, terutamanya pada bulan Ramadhan ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Kutip yuran residency dan cukai harta lebih tinggi daripada migran ekonomi bukan Melayu yang menduduki tanah rizab Melayu dan bukannya ganti-menganti tanah kosong gersang semak-samun berhutan belukar berbukit-bukau sebagai tanah rizab Melayu yang baru politikus Pak Pandir ooii!
Abaikan pandangan lebai tu.. nk tunjul diri sbg pejuang bangsa yg sejati sbb PRN dh nk muncul. Abis PRN nanti senyap je dia tu.