LIMA – Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 25 lagi cedera selepas sebuah bas terbabas dari jalan dan terjunam ke dalam sungai di sini.
Kemalangan itu berlaku sekitar jam 2.30 pagi di kilometer 109 Lebuhraya Tengah, kata ketua Bahagian Perlindungan Lebuhraya Polis Negara Peru, Kol Victor Meza.
Agensi berita Andina melaporkan, bas itu telah bertolak dari Huanuco pada pukul 8 malam Ahad dan dalam perjalanan ke Lima apabila ia terbabas lalu terjunam kira-kira tujuh meter sebelum terbalik di Sungai Rimac.
Menurut stesen radio Peru Radio Programas del Peru, bas itu membawa kira-kira 60 penumpang, termasuk enam kanak-kanak bawah umur.
Tiga daripada penumpangnya cedera, dengan seorang telah dimasukkan ke hospital.
Daripada 25 orang yang cedera, sekurang-kurangnya lima dalam keadaan serius.
Pemandu bas yang turut cedera telah ditahan untuk disiasat bagi mengenal pasti punca nahas. – Agensi