LONDON – Bayern Munich menggantung penyerang, Sadio Mane untuk satu perlawanan apabila bergaduh dengan Leroy Sane selepas kekalahan dalam Liga Juara-Juara kepada Man City, umum kelab itu.
“Sadio Mane, 31, tidak akan berada dalam skuad FC Bayern untuk aksi di laman sendiri berdepan 1899 Hoffenheim Sabtu inin,” kata Bayern.
“Ia disebabkan salah laku oleh Mane selepas perlawanan FC Bayern dalam Liga Juara-Juara di Manchester City.
“Sebagai tambahan, Mane juga akan didenda,” kata kenyataan itu.
Bayern bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pergaduhan itu.
Media sebelum ini melaporkan bekas pemain sayap City, Sane ditumbuk di muka oleh penyerang Senegal itu hingga luka di bibir selepas kekalahan awal pagi Rabu lalu. – Agensi