Bryan Lai Wai Chong

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Lai Wai Chong memutuskan untuk tidak mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Beliau yang merupakan satu-satunya wakil rakyat tunggal dari Parti Warisan Sabah (Warisan) yang menang bertanding di Selangor pada PRU14 lalu, membuat keputusan itu selaras dengan kehendak partinya.

“Ya, betul. Saya tidak akan bertanding PRN ini, baik atas nama parti saya (Warisan) mahupun (sebagai) calon bebas.

“Saya akur dengan keputusan pucuk pimpinan untuk tidak bertanding dalam PRN di mana-mana negeri di Semenanjung.

“Parti telah membuat keputusan untuk membantu rakan gabungan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) dalam PRN ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baru-baru ini, Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal menyatakan, parti itu tidak akan menyertai sesi PRN tahun ini.

Sebaliknya, katanya, ia akan menumpukan perhatian ke arah menguatkan kedudukannya di Sabah dan membantu kempen PRN PH.

Wai Chong berkhidmat sebagai ADUN Warisan, yang bergabung bersama PH selama satu penggal dari PRU14 2018 selepas bertanding atas tiket DAP.

Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis PBT selama tiga penggal di Majlis Perbandaran Kajang (MPK). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast