Seramai 40 banduan yang layak dan dibenarkan Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) mendengar taklimat oleh Pengarah Penjara Pahang, Datuk Abu Hasan Husain hari ini

KUANTAN – Seramai 40 banduan yang layak dan dibenarkan Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) di Pahang pada hari ini.

Pengarah Penjara Pahang, Dato Abu Hasan Husain berkata, jumlah itu membabitkan 32 banduan dari Penjara Penor dan lapan banduan Penjara Bentong.

Datuk Abu Hasan Husain

“Daripada jumlah itu, 36 banduan ditempatkan rumah perantaraan (RP) dan empat lagi ditempatkan bersama keluarga di Kuantan, Temerloh dan Jerantut.

“Bersyukurlah kerana pelepasan yang dibenarkan itu akan memberi peluang kepada banduan untuk merayankan Aidilfitri bersama keluarga,” katanyapada sidang media di Penjara Penor hari ini.

Menurutnya seramai 1,119 peserta yang layak diberi PBSL sejak tahun 2020 dan jumlah itu meningkat setiap tahun.

Manakala hanya lima kes banduan yang didapati tidak mematuhi arahan dengan melanggar peraturan menyebabkan golongan itu kembali ke penjara semula.

Tambahnya, pelaksanaan PBSL dilakukan bagi mengurangkan kesesakkan banduan di dalam penjara. – MalaysiaGazette