Peratusan petani warga emas di Korea Selatan meningkat daripada 46.8 peratus pada 2021. foto Korea Bizwire

SEOUL – Hampir separuh daripada petani Korea Selatan berumur 65 tahun ke atas tahun lepas apabila golongan muda terus meninggalkan kawasan luar bandar di tengah-tengah peningkatan populasi tua.

Data statistik melaporkan, bilangan petani berumur 65 tahun ke atas ialah 1,078,000 pada 2022, menyumbang 49.8 peratus daripada jumlah penduduk dalam sektor pertanian.

Peratusan petani warga emas meningkat daripada 46.8 peratus pada 2021 dan jauh lebih tinggi daripada 18.0 peratus iaitu nisbah jumlah penduduk warga emas pada 2022.

Petani berumur 70-an atau lebih, mencatatkan kadar tertinggi iaitu 34.9 peratus dalam kumpulan umur tahun lepas, diikuti mereka yang berumur 60-an dengan 30.2 peratus dan mereka yang berumur 50-an dengan 15.8 peratus.

Bilangan petani berjumlah 2,166,000 pada 2022, turun 2.3 peratus daripada tahun sebelumnya.

Bilangan isi rumah petani juga susut 0.8 peratus kepada 1,023,000 tahun lepas kerana usia tua.

Manakala bilangan populasi nelayan berkurangan 3.2 peratus kepada 90,800 pada 2022, sementara bilangan isi rumah nelayan susut 1.8 peratus kepada 42,500.

Namun peratusan mereka yang berumur 65 tahun ke atas dalam sektor perikanan meningkat 3.7 mata peratusan daripada tahun sebelumnya kepada 44.2 peratus pada 2022.

Peratusan warga emas dalam sektor perhutanan meningkat 4.7 mata peratusan kepada 48.8 peratus. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast