Tunisia Rached Ghannouchi
Zambry Abd Kadir

KUALA LUMPUR – Malaysia melahirkan kebimbangan serta kegusaran terhadap perkembangan mutakhir politik di Tunisia yang menyaksikan penahanan beberapa tokoh penting termasuk pemimpin Ennahda dan bekas Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Tunisia, Rached Ghannouchi.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, Malaysia sedar perkembangan itu merupakan isu dalaman di negara berkenaan.

Namun, beliau memberitahu, melihat kepada tahap kesihatan dan umurnya, Malaysia berharap agar pertimbangan khas dan belas ihsan diberikan kepada Rached di bulan Ramadan yang mulia ini.

“Malaysia berharap perdamaian dan konsensus nasional akan menjadi jalan ke arah membawa kemajuan dan kemakmuran bagi rakyat Tunisia.

“Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Tunisia dan rakyatnya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Selain penahanan Rached, kerajaan Tunisia turut menutup ibu pejabat Ennahda yang merupakan parti pembangkang utama di negara itu serta melarang parti-parti pembangkang mengadakan perjumpaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast