Kuala Kangsar- Kedatangan Aidilfitri dengan diselangi pelbagai bunyi mercun dan meriam sememangnya dinanti selepas berpuasa sebulan pada bulan Ramadan dan penduduk di Kampung Talang tidak melepaskan peluang meraikannya dengan mercun buatan mereka yang diperbuat daripada besi iaitu meriam talang.
Berpuluh-puluh das tembakan meriam besi dilepaskan di sebuah kampung selama beberapa jam pada sebelah malam sekaligus meneruskan tradisi yang menandakan permulaan sambutan Aidilfitri.
Sejak berpuluh-puluh tahun lamanya, para penduduk Kampung Talang terletak 40 kilometer dari barat laut Ipoh di negeri Perak menandakan permulaan sambutan Syawal dengan melepaskan tembakan dari meriam-meriam buatan sendiri.
Di salah sebuah tapak meriam yang menghadap sawah padi di luar bandar Kuala Kangsar, 13 meriam diperbuat daripada paip besi diarahkan ke langit sedang sekumpulan belia bersedia memegang obor bernyala.Aktiviti bermain meriam itu menjadi tradisi sejak dulu lagi bermula jam 12 malam hingga pagi hari raya di sawah padi.