Penunggang motosikal berteduh susulan hujan lebat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Seri Kembangan, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 01 DISEMBER 2022.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di 10 negeri, termasuk Kuala Lumpur dan Sarawak sehingga 5 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebook sebentar tadi meramalkan antara negeri terlibat membabitkan Perlis, Johor dan Kuala Lumpur.

Selain itu, keadaan itu juga diramal di Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling di Kedah serta Hulu Perak, Perak selain Pahang membabitkan Pekan dan Rompin.

Selain itu cuaca sama ialah Selangor iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat, selain Seremban, Negeri Sembilan.

“Di Sarawak cuaca itu dijangka Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau dan Bintulu),” kata kenyataan itu.

Selain itu, terdapat amaran ribut petir dengan hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. -MalaysiaGazette