Home Utama Aliran trafik ke Pantai Timur sesak

Aliran trafik ke Pantai Timur sesak

 

KUALA LUMPUR – Aliran trafik pada hari raya ketiga dari ibu negara menuju ke Pantai Timur di Plaza Tol Gombak kelihatan sesak dengan pertambahan kenderaan sejak jam 10 pagi lagi.

Tinjaun MalaysiaGazette mendapati rata-rata pengguna lebuhraya mengambil kesempatan menggunakan tawaran ‘Tol Rahmah Percuma’ yang akan berakhir hari ini pada jam 11.59 malam.

Bagaimanapun, aliran trafik dari pantai timur ke ibu negara kelihatan lancar dan tiada kesesakan.

Anih Berhad memaklumkan, jumlah kenderaan dari jam 12 tengah malam sehingga 9 pagi tadi yang telah melalui Lebuh Raya Karak (KLK) merekodkan sebanyak 38,298.

Daripada jumlah itu, kenderaan yang menuju ke Pantai Timur mencatatkan sebanyak 15,356 manakala ke arah ibu negara hanya 22,952.

Sebelum ini, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah peningkatan trafik sehingga 2.3 juta kenderaan sehari di tiga lebih raya utama yang bermula 19 April hingga 7 Mei sempena perayaan Aidilfitri.

Jangkaan jumlah peningkatan trafik itu melibatkan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Kuala Lumpur -Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1). – MalaysiaGazette